Ikhtilat (part 3)


IKHTILAT.
(part III)

Selagimana aku nampak sahabat sahabat aku masih belum sedar tentang ikhtilat,
Selagi itulah aku akan panjangkan topik nii.

Mungkin ada yg cakap,
Aku ingin berdakwah kepada ajnabi,
tapi sedarkah, ikhtilatmu sudah terganggu?
Kau jadikan alasan dakwah utk mengharuskan ikhtilat,
Kononnya Fiqh Agama,
Tapi sebenarnga Fitnah Agama.

Ramai pendakwah alam maya,
Kononnya menyebarkan ilmu,
Hakikatnya sekadar keyboard warrior,
Aku tak kata semua. Cuma ramai. Wallahualam.

Sebab apa?
Ikhtilat tu masih tak terjaga.

Permulaan,
Kau tegur dia,
"Awak, aurat tu seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka je tau. Maaf ganggu, sekadar menegur."

Seterusnya,
Saban hari kau asyik bertegur sapa, konon ingin sebarkan dakwah.
"Salam, sebelum tidur jangan lupa baca Al Mulk tau. Laela saedah☺😴💤"

Lama kelamaan,
Kau jadi kerap tegur dia,
Jadikan alasan agama untuk berdakwah,
Konon,
"Awak tak sihat ye? Tkpe itu ujian je dari Allah. Nak hapuskan dosa dosa awak. Syafakillah. Doa saya sentiasa untuk awak. 🌸"
"Awak, saya dah nak pergi mesir ni, doakan perjalanan saya selamat sampai ye.🤗"

Tanpa kau sedar,
Hati kau sebenarnya dah jatuh cinta.
Sehari tak tegur kau rasa tak tenteram.

Akhirnya,
Kau luahkan perasaan,
"Awak, saya rasa Allah hadirkan awak sebagai bidadari saya kat dunia ni 😇"

Maka bermulalah episod cinta,
"Awak walaupun saya mencintai awak, tapi saya nak awak tahu, cinta utama adalah cinta kepada Allah, bila kita dah cinta Allah, Allah hadirkan perasaan cinta buat manusia"
"Uhibbuki fillah 💕"

Konon,
Cinta kerana Allah.
Allah tak pernah halalkan pun cinta sesama ajnabi.
Bahkan ikhtilat pun diharamkan.

Lepastu mulalah kau cipta hukum baru,
Ikhtilat itu harus untuk menegur ajnabi ttg dosanya.
Cinta itu halal jika terasnya hati kepada Allah.
Kenapa?
Dah tkdk kaum sejantina kah yg perlu ditegur?
Allah cakap, cinta itu halal setelah bernikah.

Kenapa kau perlu olah hukum Allah?
Konon sebarkan dakwah.

Sudah, cukup sudah!

Semuanya bermula bilamana ikhtilat kau anggap perkara biasa.
Jangan biarkan alasan menghalalkan segalanya.
Pesan aku,
Untuk kau dan diri aku sendiri
JAGA IKHTILAT MOLEK MOLEK.

Telegram.me/fateemaelisa

No comments: