Ramadhan



Assalamualaikum. Hi! Lamanya tak menaip dalam neh. Lama juga tak jenguh blog comel neh. Arghhh! Rindunyaaaaa! Banyak pula story kali nehh. Panjang sikit please? ^^ Hehehe

Okay, actually aku macam tak percaya yang aku dah tak bersekolah di SMK Seri BP. Can you feel that? Can you feel that? Ah, aku pun tak tahu kenapa. Kenapa eh? Awak tahu? Hikhik, abaikan. Rasa macam kejapnya aku hidup, rasa macam baru jee kelmarin aku pindah, alih-alih dah masuk Ramadhan, dah jalani kehidupan berpuasa di asrama. Asrama? Yes, asrama T_T

Aku number dua dari belakang


First day puasa, Rabu, tak dapat rai dengan famili. Peritnya hidup seorang penghuni asrama. Dah ditentukaan takdir begitu, bukan boleh dilawan :3 Hm, so far best lah juga. Cuma..... kena bangun awal sikit lahh, 4.30 pagi. Then mandi, baru pergi dewan makan. Okay this is not what I want. Asrama kami ada dua dewan makan, dan blok aku sesat, setelah merentasi dua buah blok aspura baru jumpa blok aku. Terpinggir jauh dari blok-blok aspuri yang lain. Jadinya, dewan makan yang berhampiran dengan blok kami adalah dewan makan aspura. Tetapi, kami terpaksa turun ke dewan makan aspuri untuk bersahur. Jadinya, pagi-pagi lagi kami sudah bersenam kerana perlu berjalan sejauh berkm-km jauhnya (lahhhhh sangattttt) untuk sampai ke dewan makan aspuri yang terletak di antara dua buah aspuri. Jadinya, sebelum sampai ke dewan makan aspuri kami terpaksa merentasi dua buah aspura. Jadinya, kami tidak boleh mamai. Jadinya, kami kena lah mandi pukul 4.30 pagi. Tu yang nak habaq sebenaqnyaaa. Apa punya banyak jadinya lah aku neh v.v

Sahur. Disebabkan terlalu jauhnya blok aku dari blok-blok aspuri lain dan terlalu jauhnya dewan makan aspuri berbanding dewan makan aspura, kebanyakan antara kami tidak turun bersahur. Makan biskut kering je lahhhh~ Dah kenapalahh tidak jee cikgu biarkan kami neh tumpang dewan makan aspura, tak jauh langsung, turun blok, sampai lahh. Ini tidak, kenanya pergi berjalan jauh ke dewan makan aspuri. nasib lah hidup kami terpinggir macam neh. Blok sesat.

Okay stop stop. Kita nak cite dekat awak pasal kawan neh. Hekhek. Aku kawan jee dengan semua orang kat sekolah aku. Orang je taknak kawan dengan aku. Ehh, aku neh golongan orang yang suka mencapub. Tahu mencapub? Mencari publisiti. Sebabtu orang taknak kawan v.v Actually, aku rasa tak pun. Orang yang cakap aku camtu, hm abaikan. Lantaklah mereka. Asalkan aku bahagia dengan life aku.

Selalunya, kalau cuti apa-apa ke, aku suka jee nak ajak kawan aku balik rumah aku. Tapi mereka-mereka tak nak, mereka-mereka cakap, nanti menyusahkan lah apalah, ada sahaja alasan mereka-mereka yang kadang-kadang membuatkan aku rasa macam nak sumbat canimals dalam mulut mereka-mereka. Hahaha. So, yang pernah jejak rumah aku, 4 orang jee, Ainaa, Naza, Aimi and Zairani.

Kawan-kawan aku kebanyakannya dorm mates aku ataupun class mates aku. Certain-certain tu bilik prep mates and block mates (wujud pulakk perkataan tuu). Hehehehe. Talk about friends neh lah nak buat aku qeyauu neh :'(( Aku qindu gila dekat kawan-kawan SMKSBP. Wehhh hampa, Abel rindu hampa. Abel sayang hampa, ahhh! Rasa macam nak hug kiss hampa jaa. Boleh tak sekali jeee? Sekali jee, please, sekolah aku cuti, but SMKSBP sekolah, aku nak pegi sana, nak masuk kelas. Alahh just once please? :/ Hummmmm.





Pelajaran? So far aku dah boleh ikut rentak sekolah neh. For the first time haritu memang kena kejutan budaya kejap lah. Mana taknya? Selama neh sekolah aku ada jee budak form 1 sampai form 6. Alih-alih, masuk sekolah tuu, dah takda, tetiba daripada super senior, masuk sekolah tu, jadi junior. Oh what was that? Hee~ Nak tahu something tak? Aku pun terkejut juga. Unexpected moment. Haritu aku dapat anugerah time Hari Anugerah Kecemerlangan SMTTARP. Best :') Terharu punn ada. Aku dapat number tiga dalam course. Dalam tingkatan number sepuluh. Alhamdulillah.

Asrama sekolah aku pelik sikit, dia susun ranking campur sekaligus form 4 dan form 5. Jadinya, untuk keseluruhan asrama aku dapat number 14. Alhamdulillah, banyak juga perubahan yang aku nampak. Ujian Prestasi 1 dulu, aku dapat ranking yang ke 44, maknanya disini, aku berjaya memotong 30 orang yang berada di hadapanku. Tapi aku tak sehebat Aimi Liyana, time UP 1, ranking dia 180 something but, bila Peperiksaan Pertengahan Tahun, Aimi Liyana dapat number 40, about 140 orang dia berjaya potong. Tabik spring memang aku kasi untuk kau Aimi Liyana!

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 , 9... Wahhh! 9 perenggan? Maknanya ini perenggan ke sepuluh. Give an applause for yourself yang dah baca sampai sini. :') Terharu sekejap. Hewhew. Gedik pulak aku neh :b Dah panjang berjela karangan aku harini. Satu je pesanan untuk adik-adik yang bakal menduduki PMR, ehh kamu tahu tak? PMR tu bukan senang okay? Pergi study sekarang! Nanti, tak dapat sekolah yang best, susah. Serious cakap. Form 4 lah kena struggle semua, form 5 nanti relax, just buat latihan dan latihan untuk memperbaikkan dan memantapkan lagi skill kita, Insha Allah by that way, result SPM awak gempak ;)

Okaylah. Ini perenggan kesebelas pun. Nampak sangat terlalu panjang. So I should stop tapping on keyboards now. I end my post with the words goodbye, may success be yours and assalamualaikum ;)))


AbelKH
XoXo