OVER :')



Assalamualaikummmmmm!
Hah, jawab, jawab, apa kelas kau baca je tapi tak jawab?
Dah jawab? Alhamdulillah. Haha, okay ! Merefekkkkk. K.
Shall we start now? Post Abel kali neh berkaitan dengan PMR. Yes, result PMR. Alhamdulillah, everything is over :) SO? HOW WAS MY RESULT?

Jeng jeng jeng. Cehhhhh, bajet jee cam dapat straight A :'( Nevermind, saya redha dengan apa yang berlaku. Takat tu je yang mampu Abel buat. So far Abel happy juga dapat result macam neh walaupun tak dapat archieve target. Hm, result Abel cuma ada 7A je. Alhamdulillah. Another one apa? Haha, another two actually. Abel pelajar yang ambil 9 subject.

Agak terkilan lah sebab segala exam, trial, Bahasa Inggeris Abel boleh buat, suddenly, bila keluar result PMR, the unexpected thing happened. Bahasa Inggeris yang Abel tak sangka akan dapat B akhirnya, hm, takda rezeki Abel mungkin, B je lah :') Redha, Syukur. Another one Sejarah, okay yang neh Abel tak kisah sangat, Abel tak minat Sejarah. Walaupun target A, tapi Abel takdelah sedih sangat dapat B. Tahu Abel takde banyak kebolehan dekat Sejarah. Bahasa Inggeris tu je slack sikit. Abel rasa syukur sangat sebab Bahasa Arab A, setakat yang Abel tahu, sekolah Abel cuma 3 orang je Bahasa Arab, A. Alhamdulillah :')

Actually Abel tak dapat maklumat habis lagi, Abel takde kat sekolah time result diumumkan, Abel ada dekat KL. Lagipun result Abel ibu tahu awal. Ibu kan cikgu, so link dia banyak, pukul 9.30 pagi macamtu kot, ibu tiba-tiba call kawan dia. I know ibu call Cikgu Liza sebab Cikgu Liza Setiausaha Peperiksaan SMKSBP. Terdengar perbualan telefon antara ibu ngan Cikgu Liza,

Ibu : Nurul Nabila binti Kamarul Haslan
Cikgu : .... *tak dengar*.....
Ibu : A'ahh 3 Kristal
Cikgu : .... *tak dengar*.....
Ibu : Iya? Alhamdulillah. Bahasa Arab?
Cikgu : .... *tak dengar*.....
Ibu : A? Alhamdulillah *nangis* *terus datang peluk Abel*

So tamat perbualan between ibu and cikgu. Ibu peluk aku sambil menangis, entahlah menangis kekecewaan atau kegembiraan. Sambil berkata, tahniah kakak tahniah. Aku yang taktau apa-apa terus nangis.

Abel : Ibu dah tahu result kakak ka?
Ibu : Dah
Abel : Apa ibu, kakak dapat?
Ibu : Nantilah ibu bagitau
Abel : *nangis*
Ibu : Bahasa Arab kakak A
Abel : Lagi?
Ibu : Kakak dapat 7A, B Sejarah dengan BI
Abel : BI? Ibu............ *nangis lagi sambil peluk ibu*
Ibu : Takpalah, kakak dah buat yang terbaik. Tahniah
Tok : *menangis sebab tengok drama anak dan ibu yang menyentuh perasaan* Tahniah kakak tahniah, kakak dah dapat okay la tuhh. Kakak pandai, jangan risau. banyak juga kakak dapat. Tahniah.
Abel : *Keep crying*

Then kebetulan time tu tengah on Tweet sebab tak sabar tunggu result keluar, baru ingat nak tanya kawan result Abel. Huhu v_v Ibu dah tahu awal lagi. Hm, so lepas dah tanya beberapa orang, tahu sikit-sikit je lah sebab tak ramai yang Abel tanya, the twin, Imran dan Iman dapat 9A. Alhamdulillah. Their parent must be so proud of them. Dua-dua pulak tuu. Hm, mungkin ada ramai lagi yang dapat A Bahasa Arab, tapi setakat yang Abel tahu, baru 3 orang. Ramai lagi yang Abel belum tanya. Alhamdulillah, so far semua okay :')

Lastly, Abel nak ucapkan Tahniah untuk semua yang baru ambil result PMR tuu. Alhamdulillah, kita dah buat yang terbaik, yang tu je yang mampu kita bagi kat parents kita kan? Tak kisahlah berapa A kita dapat, macam mana pun keputusan kita, kita kena bersyukur :) Alhamdulillah. Biar takda A dalam slip, asalakan A pada Iman. Betulkan? Okaylah, Abel undur diri dulu. Mabruk ya asdiqo'i. Mabruk ya zimala'i. Assalamualaikum w.b.t :')



-NurulNabila-