Ikhtilat (part 3)


IKHTILAT.
(part III)

Selagimana aku nampak sahabat sahabat aku masih belum sedar tentang ikhtilat,
Selagi itulah aku akan panjangkan topik nii.

Mungkin ada yg cakap,
Aku ingin berdakwah kepada ajnabi,
tapi sedarkah, ikhtilatmu sudah terganggu?
Kau jadikan alasan dakwah utk mengharuskan ikhtilat,
Kononnya Fiqh Agama,
Tapi sebenarnga Fitnah Agama.

Ramai pendakwah alam maya,
Kononnya menyebarkan ilmu,
Hakikatnya sekadar keyboard warrior,
Aku tak kata semua. Cuma ramai. Wallahualam.

Sebab apa?
Ikhtilat tu masih tak terjaga.

Permulaan,
Kau tegur dia,
"Awak, aurat tu seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka je tau. Maaf ganggu, sekadar menegur."

Seterusnya,
Saban hari kau asyik bertegur sapa, konon ingin sebarkan dakwah.
"Salam, sebelum tidur jangan lupa baca Al Mulk tau. Laela saedah☺😴💤"

Lama kelamaan,
Kau jadi kerap tegur dia,
Jadikan alasan agama untuk berdakwah,
Konon,
"Awak tak sihat ye? Tkpe itu ujian je dari Allah. Nak hapuskan dosa dosa awak. Syafakillah. Doa saya sentiasa untuk awak. 🌸"
"Awak, saya dah nak pergi mesir ni, doakan perjalanan saya selamat sampai ye.🤗"

Tanpa kau sedar,
Hati kau sebenarnya dah jatuh cinta.
Sehari tak tegur kau rasa tak tenteram.

Akhirnya,
Kau luahkan perasaan,
"Awak, saya rasa Allah hadirkan awak sebagai bidadari saya kat dunia ni 😇"

Maka bermulalah episod cinta,
"Awak walaupun saya mencintai awak, tapi saya nak awak tahu, cinta utama adalah cinta kepada Allah, bila kita dah cinta Allah, Allah hadirkan perasaan cinta buat manusia"
"Uhibbuki fillah 💕"

Konon,
Cinta kerana Allah.
Allah tak pernah halalkan pun cinta sesama ajnabi.
Bahkan ikhtilat pun diharamkan.

Lepastu mulalah kau cipta hukum baru,
Ikhtilat itu harus untuk menegur ajnabi ttg dosanya.
Cinta itu halal jika terasnya hati kepada Allah.
Kenapa?
Dah tkdk kaum sejantina kah yg perlu ditegur?
Allah cakap, cinta itu halal setelah bernikah.

Kenapa kau perlu olah hukum Allah?
Konon sebarkan dakwah.

Sudah, cukup sudah!

Semuanya bermula bilamana ikhtilat kau anggap perkara biasa.
Jangan biarkan alasan menghalalkan segalanya.
Pesan aku,
Untuk kau dan diri aku sendiri
JAGA IKHTILAT MOLEK MOLEK.

Telegram.me/fateemaelisa

Ikhtilat (part 2)


IKHTILAT.
(part II)

Seperti yg dijanjikan,
Aku kembali dengan topik nii.

Ikhtilat.
Campur baur antara lelaki dan perempuan.
Hukumnya? H A R A M .
Tapi, boleh jadi harus dalam beberapa keadaan.

Ramai yg tertanya tanya, tertunggu tunggu,
Keadaan apakah yg diharuskan?
Sebab apa?
Sebab mereka dah tak nampak yg *haram* tu.

Baik,
Kalau itu yg korang nak tahu,
Biar aku jelaskan.

Sebenarnya tiada keadaan yg mengharuskan ikhtilat;
Kecuali darurat.

"Aku nak tanya dia subject tu je pun, sbb tkde kekawan sejantina aku yg faham, takkanlah tak boleh. Bukan ke darurat tu?"

Ya sayang, tak boleh.
Selagimana wujud kaum sejantina di bumi ini, haram tetap haram.
Kenapa perlu ajnabi? Sedangkan ada guru lain yg boleh ditanya.
Sedangkan ada lagi manusia lain yg mungkin lebih mengerti.
Alasan, tetap alasan.

Jika hendak diceritakan bab alasan untuk menghalalkan ikhtilat, aku yakin ianya terlalu panjang.

Mungkin, dalam rencana yg lain,
Akan aku utarakan alasan alasan yg diberi,
Untuk menghalalkan hukum Allah yg pada asalnya HARAM.

Hadam dulu betul betul erti HARAM dan hukumannya, dosa.

Nak ke,
bilamana ibadah korang dah sempurna,
bilamana solat korang tak pernah tinggal,
bilaman AlQuran menjadi rakan karib,
bilamana pakaianmu longgar ikut syariat,

Tapi,
Allah tolak semua amalanmu,
Sebab,
Kau tidak menjaga ikhtilatmu.

Sahabat, sekali lagi aku nak ingatkan,
Juga buat diri aku sendiri yg banyak khilaf,
JAGA IKHTILAT MOLEK MOLEK.

Telegram.me/fateemaelisa